Berita
Rumah Puspanita Presint 10
Dihantarkan oleh editor pada 23 Mei 2006 - 10:29am. Berita
Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Hiasan Dalaman (Interior Decoration Works), Rumah Puspanita di Presint 10, Putrajaya. telah diadakan pada 4 Januari 2005.
Kunjungan dari Cawangan Kerja Bangunan Am, Ibu Pejabat JKR, K. Lumpur
Dihantarkan oleh editor pada 18 November 2005 - 6:00pm. Berita
Seramai 30 orang pegawai dari Cawangan Kerja Bangunan Am, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur telah datang untuk program lawatan ke Pusat Konvensyen Putrajaya pada hari Sabtu, 14hb.Ogos,2004.
Kunjungan JKR Manjung
Dihantarkan oleh editor pada 18 November 2005 - 1:00pm. Berita
Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menerima kunjungan JKR Manjung pada hari Sabtu 31hb. Julai, 2004.
Lawatan ke IRIS Smart Technology Complex
Dihantarkan oleh editor pada 18 November 2005 - 12:20pm. Berita
Unit Pengurusan Penyelenggaraan, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya yang diketuai oleh Ir. Abu Bakar Hj. Azit bersama pegawai serta kakitangan seramai 18 orang telah membuat lawatan separuh hari ke IRIS Smart Technology Complex, Technology Park Malaysia pada 29hb.September,2004.
Pelancaran Karnival Sukan Parcel C 2004
Dihantarkan oleh editor pada 18 November 2005 - 12:10pm. Berita
Karnival Sukan Parcel C telah dilancarkan pada 5hb.Ogos,2004 di Dataran Parcel C. Karnival ini akan berlangsung sehingga September 2004. Sebanyak 6 pasukan yang mewakili jabatan-jabatan di Parcel C akan bertanding.
Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2004
Dihantarkan oleh editor pada 18 Julai 2005 - 1:06pm. Berita
Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diadakan kepada semua pegawai-pegawai dan kakitangan serta para jemputan pada jam 11 pagi hari Sabtu 27hb. November, 2004 di ruang legar Bilik Mesyuarat Utama.
e-Aduan untuk Parcel C sudah boleh digunakan
Dihantarkan oleh editor pada 9 Mac 2005 - 1:18pm. Beritae-Aduan sudah boleh mula digunakan untuk pengguna Parcel C. Sekiranya ada aduan yang hendak dikemukakan kepada kontraktor penyelenggaraan untuk Parcel C, bolehlah disalurkan melalui e-Aduan.
Taklimat tender serta lawatan tapak 4G3 & 4G4
Dihantarkan oleh editor pada 9 Mac 2005 - 1:11pm. Berita
Taklimat tender perkhidmatan pengurusan, penyelenggaraan dan operasi secara komprehensif serta lawatan tapak 4G3 & 4G4, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, telah diadakan pada hari Khamis 5hb. Ogos 2004. Pendaftaran telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan sebanyak 103 syarikat kontraktor telah mendaftar.


