ID Keahlian Katalaluan
 

Kandungan Dokumen Tender

 

 

 

 

 

 

 

Antara kandungan yang patut ada di dalam sesuatu dokumen tender adalah:

  • Arahan kepada penender
  • Spesifikasi-spesifikasi
  • Borang-borang tender
  • Surat Setujuterima
  • Syarat-syarat tender
  • Terma-terma kontrak
  • Bills of Quantities/Ringkasan tender
  • Jadual Kadar Harga
  • Lukisan teknikal serta pelan
  • Cadangan-cadangan pemindahan teknologi
  • Prestasi/Track record
  • Profail/Kedudukan kewangan petender
  • Perkara-perkara lain yang berkaitan

Klausa utama yang perlu dimasukkan di dalam dokumen tender kerja

Agensi-agensi dimestikan untuk menggunakan borang JKR Siri 203 (Pin. 10/83) untuk tender kerja. Penggunaan borang JKR Siri 203 hanya dikecualikan bagi projek-projek yang dilaksanakan secara Turnkey, B.O.T., Cost Plus, Privatised atau projek-projek yang dibiayai oleh peruntukan asing jika pemakaian borang JKR Siri 203 ini tidak dipersetujui.

Bagi projek seperti yang tidak menggunakan borang JKR Siri 203, perkara-perkara berikut hendaklah dinyatakan di dalam dokumen tender, jika berkenaan:-

  • tempoh sahlaku tender,
  • larangan publisiti,
  • jadual pelaksanaan kerja,
  • tempoh siap kerja,
  • kelewatan dan lanjutan masa,
  • gantirugi yang ditentukan dan ditetapkan,
  • penamatan kontrak,
  • insurans kerja,
  • arahan perubahan,
  • terma pembayaran,
  • tempoh tanggungan kecacatan/waranti,
  • timbang tara, dan
  • terma-terma lain yang perlu bagi menjaga kepentingan Kerajaan.


Copyright©2009Jabatan Kerja Raya W.P Putrajaya