ID Keahlian Katalaluan
 

Banjir

Banjir merupakan bencana yang paling kerap berlaku. Sembilan puluh tujuh peratus air di bumi merupakan air laut; cuma 0.014% terdapat di tasik, sungai, bawah tanah dan di udara. Banjir adalah merupakan limpahan air yang berlebihan bagi satu-satu sistem saliran. Bencana banjir yang melanda Malaysia boleh dikategorikan kepada banjir kilat/ribut tropika dan banjir monsun.

Banjir kilat biasanya berlaku di kawasan pembangunan yang mempunyai sistem saliran yang tidak mampu menanggung jumlah air yang banyak secara tiba-tiba. Banjir ini berlaku apabila hujan lebat lebih dari biasa berlaku dalam satu tempoh yang tertentu. Banjir ini biasanya surut dalam masa yang singkat.

Banjir monsun berlaku dalam tempoh yang spesifik musim tengkujuh timur laut (Oktober hingga Februari) dan tengkujuh barat daya (Mei hingga Ogos). Banjir tengkujuh timur laut melanda pantai barat Semenanjung, manakala banjir tengkujuh timur laut dialami oleh seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.


Copyright©2009Jabatan Kerja Raya W.P Putrajaya