Putrajaya - Bandar Raya Bestari
Pembangunan Putrajaya merupakan cetusan idea mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Putrajaya merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang berkonsepkan Bandar Dalam Taman dan Bandar Raya Bestari.
Tapak Putrajaya yang terletak di Sepang mempunyai keluasan kira-kira 4,932 hektar. Pembinaan Putrajaya tanpa mengorbankan alam semulajadi menjadikan Putrajaya sebuah bandar terancang yang tidak terdapat di mana-mana negara. Rekabentuk bangunan di sekitar Putrajaya adalah berkonsepkan tradisional dan Islam.
Di antara mercu tanda Putrajaya ialah Perdana Putra, Seri Perdana, Masjid Putra, Istana Melawati, Pusat Konvensyen Putrajaya, Dataran Putra, Tugu Millenium dan Boilevard Putrajaya. Bagi penggemar alam semulajadi, mereka boleh menikmati keindahan alam yang terdapat di Taman Wetland, Taman Botani, Taman Warisan Pertanian dan Tasik Putrajaya. Putrajaya turut dilengkapi dengan pusat komersil seperti Alamanda dan Souq, kemudahan pengangkutan awam dan kawasan kediaman awam.
Pada 1 Februari 2001, Putrajaya telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan


