Pelancaran Karnival Sukan Parcel C 2004
Karnival Sukan Parcel C telah dilancarkan pada 5hb.Ogos,2004 di Dataran Parcel C. Karnival ini akan berlangsung sehingga September 2004. Sebanyak 6 pasukan yang mewakili jabatan-jabatan di Parcel C akan bertanding.
Pasukan-pasukan tersebut terdiri daripada Jab. Perkhidmatan Awam (JPA), Jab. Peguam Negara (JPN), Jab. Alam Sekitar (JAS), Kem. Sains, Tek & Inovasi (MOSTI), Jab. Perangkaan (STATISTIK), S/jaya Pilihan Raya (SPR), S/jaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan pasukan jemputan dari JKR WP Putrajaya yang akan bergabung dengan kontraktor penyelenggaraan GFM Sdn. Bhd.(JKR/GFM).
Sebanyak 11 acara sukan akan dipertandingkan iaitu bolasepak, bolajaring, bola tampar (wanita & lelaki), bowling, golf, congkak, batu seremban, badminton, ping pong dan dart. Pertandingan akan diadakan di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya.


