Kunjungan dari Cawangan Kerja Bangunan Am, Ibu Pejabat JKR, K. Lumpur
Seramai 30 orang pegawai dari Cawangan Kerja Bangunan Am, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur telah datang untuk program lawatan ke Pusat Konvensyen Putrajaya pada hari Sabtu, 14hb.Ogos,2004.
| |
|
|
| |
|
|
Program lawatan bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 1.20 tengahari. Program dimulakan dengan kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis, YM Raja Ismail B. Raja Uda di Hall 1, Level Concourse, Pusat Konvensyen Putrajaya.
Menjamu Selera Di Restoran, Pusat Konvensyen PutrajayaUcapan pengenalan telah disampaikan oleh wakil Tuan Pengarah, JKR WP Putrajaya, Ir. Chuang Chu Kuen. Taklimat tentang skop senibina, awam serta pembinaan, elektrik, mekanikal dan ICT telah disampaikan oleh wakil-wakil dari Hijjas Kasturi Architects, IJM Construction Sdn. Bhd., Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. dan Sapura.
Selepas taklimat, rombongan telah dibawa melawat Banquet Hall, Exhibition Hall, Head Of State, Planery Hall dan View Deck di Pusat Konvensyen Putrajaya.
Program berakhir pada jam 1.20 tengahari selepas menjamu selera di Restoran, Pusat Konvensyen Putrajaya.


