Rumah Puspanita Presint 10
Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Hiasan Dalaman (Interior Decoration Works), Rumah Puspanita di Presint 10, Putrajaya. telah diadakan pada 4 Januari 2005.
Majlis ini melibatkan penyerahan projek yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerjaraya Malaysia, Y. Bhg. Tan Sri Dato' Ir Hj. Zaini Omar, kepada Jabatan Perdana Menteri yang diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Y. Bhg. Dato' Hj. Ab. Rahim b. Main dan seterusnya kepada Puspanita Kebangsaan yang diwakili oleh Yang DiPertua Y. Bhg. Puan Sri Suslita Abdul Majid.
Kerja-kerja bagi projek ini telah dimulakan pada 22 Ogos 2004 dan siap mengikut jadual pada 21 Disember 2004, melibatkan ruang 'Pre-function', Bilik VVIP, Tingkat Mezzanine, Dewan Banquet serta Blok Pentadbiran dan di bawah penyeliaan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.


