Berita Setempat (H.Metro)
Hanya 35% lulus ujian
IPOH: "Daripada 396 tenaga pengajar yang menduduki ujian itu, hanya 35 peratus sahaja lulus dan jumlah itu jauh lebih rendah berbanding peratus kelulusan pelajar.
'Saya terasa'
SAYA terasa apabila dewan ini dicemuh," kata Timbalan Yang Dipertua, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat, semalam.
Bukan macam Afrika
SEORANG Ahli Parlimen pembangkang disindir apabila seolah-olah menganggap Malaysia sebagai negara Afrika yang dikaitkan dengan keadaan bayi di negara ini yang mengalami masalah kekurangan zat.
SPR bersih daftar pemilih
PUTRAJAYA: Waris kepada pemilih berdaftar yang sudah meninggal dunia diminta menghantar salinan sijil kematian atau permit pengebumian kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai bukti bagi membantu usaha membersihkan senarai pemilih sedia ada.
Tidak logik
SEPANG: "Khabar angin kononnya saya mengumpul RM1.2 juta dalam tempoh 10 bulan tidak logik kerana kalau dikatakan saya buat 150 (ceramah) korporat...(setakat ini) saya dah buat lebih 300 ceramah di sekolah.
Boleh pilih skim pencen
PUTRAJAYA: Bermula 1 Januari depan kakitangan awam di bawah skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dibenarkan memilih menyertai skim pencen.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata mereka diberi tempoh hingga 31 Januari membuat pilihan itu sebelum penguatkuasaannya pada 1 Februari depan.
Cuepacs sambut baik langkah kerajaan
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik langkah kerajaan membenarkan kakitangan awam di bawah skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyertai skim pencen mulai tahun depan.
Elak episod Isa Samad berulang
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mahu kes membabitkan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad yang menang pada pemilihan parti 2004 lalu dan kemudiannya dilucutkan akibat politik wang, berulang pada pemilihan Mac depan.
Lelaki panik api terjun bangunan
KUALA LUMPUR: Panik melihat api menyebabkan seorang pengurus sebuah pusat hiburan nekad terjun dari tingkat satu sebuah bangunan yang terbakar di Taman Miharja di sini, malam tadi.
Wanita jual ubat seludup naik angin
KUALA LUMPUR: Gara-gara berang premis menjual ubat-ubatan seludup miliknya kerap diserbu, seorang wanita membuka langkah silat sambil memuntahkan kata-kata lucah dan maki hamun terhadap pegawai Kementerian Kesihatan yang melakukan serbuan.
'Saya jijik jamah makanan'
KUALA KUBU BHARU: "Saya jijik menjamah makanan sebaliknya hanya minum susu tepung 16 kali sehari," kata kanak-kanak menghidap penyakit 'misteri', Mohamad Daniel Mohd Idham, 7.
Tak pilih kasih
PUTRAJAYA: Polis tidak pernah menggunakan pendekatan berat sebelah dan pilih kasih dalam menahan mana-mana individu di negara ini termasuk ahli parti politik yang terbabit demonstrasi, sebaliknya tindakan itu berdasarkan undang-undang ditetapkan.
'Keluarga saya bukan sengkek'
HULU KLANG: Semakin hampir tarikh pernikahan penyanyi popular Mawi, 27, dengan pelakon, Nora'ashikin Rahmat atau Ekin, 20 Disember depan, tohmahan dilempar pada keluarga bakal pengantin perempuan nampaknya tidak pernah berhenti.
Siti Fairus tuntut RM200,000
SHAH ALAM: Penyanyi popular 80-an, Siti Fairus Sheikh Mohamed yang popular dengan lagu 'Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu' memfailkan permohonan tuntutan mutaah daripada bekas suaminya bernilai RM200,000.
Mazidul, isteri dengar pengesahan lafaz cerai
PETALING JAYA: "Abang 14 tahun jadi wartawan dik (adik)! ," kata pengacara 360 dan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3, Mazidul Akmal Sidik, 41, ketika ditemui wartawan di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Serangan awal pagi
ALOR STAR: "Saya ingatkan bunyi mercun, tetapi rupa-rupanya bunyi tembakan," kata seorang wanita mengenai banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Anggerik, dekat sini, yang ditembak beberapa lelaki tidak dikenali, awal pagi semalam.
Mangsa samun mati turut diliwat
KUALA LUMPUR: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila empat penjenayah bukan saja menyamun malah mereka turut meliwat mangsa, Mohd Kamil Karim, 23, yang ditemui mati dibunuh sebelum ditinggalkan dalam keadaan bogel dan separuh nyawa di kebun sayur berhampiran flet di Fasa 2, Bandar Baru Sungai Buloh, kelmarin.
Tikam sepupu lepas berjemaah
SUBANG JAYA: Seorang lelaki sempat sembahyang berjemaah bersama sepupunya sebelum mati ditikam dalam pergaduhan dengan saudaranya itu, di sebuah rumah di Puncak Jalil, Seri Kembangan di sini, awal pagi semalam.
Koleksi setem karikatur Lat dilancar Isnin ini
KUALA LUMPUR: Koleksi pertama setem yang memuatkan karikatur yang dihasilkan pelukis kartun tersohor negara Lat atau Datuk Mohd Nor Khalid akan dilancarkan Isnin ini.
Murid lemas dalam kolam terbiar
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun sempat melambai tangan kepada sepupu lelakinya untuk meminta bantuan sebelum mangsa ditemui lemas di sebuah kolam terbiar di Kampung Batu Tinggi, Kok Lanas, dekat sini, pagi semalam.


